Oleh KOSMO!
PETALING JAYA – Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan hari ini, semua aktiviti ekonomi dan sosial adalah tidak dibenarkan kecuali bagi 17 senarai perkhidmatan perlu seperti berikut:
- Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
- Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
- Air
- Tenaga
- Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
- Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
- Pengangkutan melalui darat, air atau udara
- Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
- Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
- Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
- Kredit komuniti (pajak gadai dan Ar-rahnu)
- E-dagang dan teknologi maklumat
- Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
- Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)
- Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
- Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
- Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu.
Dengan pelaksanaan PKP ini juga, semua sektor perkilangan juga tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan mengikut sektor seperti berikut:
Pembuatan
- Aeroangkasa (komponen dan selenggara, baiki and overhaul – MRO)
- Makanan dan minuman
- Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan
- Barang-barang dan penjagaan diri, dan bahan pencuci
- Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
- Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran
- Komponen bagi peranti perubatan
- Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)
- Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
- Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja
- Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
- Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi
- Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya (contohnya kedai yang menjual baja dan racun serta kilang memproses buah sawit adalah dibenarkan untuk beroperasi)
- Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko)
Pembinaan
- Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
- Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama
- Kerja kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap ditapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.