Astro Awani
Noor
Kartini telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail
berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
KUALA LUMPUR :
"Sesungguhnya adab itu tidak akan boleh didapati dengan jual beli, akan
tetapi ia adalah suatu yang terbit di dalam hati setiap insan yang
dididik dengan baik..."
Itu adalah antara
rantaian kata yang dimuat naik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris
Iskandar Sultan Ibrahim di akaun Instagram beliau pada Ahad.
Hantaran itu dipercayai ada kaitan dengan sebuah tangkap layar (screenshot)
dari akaun Instagram @noorkartini iaitu milik Datin Noor Kartini Noor
Mohamed yang juga ibu kepada selebriti Noor Neelofa Mohd Noor.
Dalam
tangkap layar tersebut, menunjukkan imej dan titah Sultan Johor, Sultan
Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan isu cadangan sekatan penuh bersasar
bagi menangani kebimbangan lonjakan penularan COVID-19.
Bagaimanapun, disertakan sekali dalam imej itu, kata-kata yang dipercayai mempertikai niat dan saranan Sultan Johor tersebut.
Warga
maya yang tidak berpuas hati dengan gaya bahasa yang digunakan itu,
telah menularkan tangkapan skrin itu hingga mendapat perhatian Tunku
Idris.
Sehingga petang Ahad, perkara itu
masih menjadi bualan pengikut Tunku Idris berdasarkan hantaran baharu di
Instagram Story Tunku Temenggong itu.
Pada masa yang sama, hantaran berkenaan di Instagram Story Noor Kartini itu dipercayai sudah dipadamkan.
Pada petang Ahad, Astro AWANI telah
menerima mesej di aplikasi WhatsApp berhubung isu berkenaan daripada
pihak pengurusan Neelofa, bagi pihak Noor Kartini, yang cuba menjelaskan
perkara tersebut.
"Berhubung tangkap
layar daripada media sosial (Instagram story) saya yang tersebar
berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan,
perkara tersebut berlaku atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang
mempunyai akses kepada media sosial (Instagram) saya," kata kenyataan
itu.
Menurutnya, individu yang
dimaksudkan itu merupakan pengurus media sosial di Noor Khan
International Sdn Bhd yang secara tidak sengaja telah memuat naik
Instagram Story tanpa menyedari menggunakan akaun @noorkartini.
"Saya
telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail
berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
"Kepada
Istana Negeri Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh
ahli keluarga Diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian
yang terjadi," kata kenyataan tersebut.
Akaun milik Noor Kartini juga telah memuat naik keyataan maaf berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.