Ahad, 30 Mei 2021

98 kes kematian

Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI
 
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 98 lagi kes kematian baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 mencecah 2,650 kes.

Menurut ciapan Twitter Kementerian Kesihatan, angka kes baharu pula merekodkan sebanyak 9,020 kes dengan keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 558,534 kes.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula meningkat sebanyak 76,218 kes.

“Jumlah kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi sebanyak 844 kes dan sebanyak 430 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, terdapat 5,527 kes sembuh dengan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 479,666 kes. -K!ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.