Kuala Lumpur: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas pukul 8 malam tadi di saluran TV1, RTM.
Ia sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-75.
Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita terbabit menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.
Penerbit Berita Perdana Khas Khairul Azli Rahim berkata, beliau berasa sangat berbesar hati dan teruja kerana Tengku Permaisuri Selangor berkenan untuk menyampaikan berita yang disunting olehnya.
"Ini kemunculan kali pertama baginda di kaca tv selepas ditabalkan menjadikan Permaisuri Selangor selepas lima tahun lalu.
"Saya mewakili pihak produksi dan kru penerbitan berita RTM mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian baginda meluangkan masa untuk menyampaikan berita kami hari ini," katanya, hari ini.
Penampilan khas Tengku Permaisuri Selangor itu mengejutkan penonton saluran TV1 yang rata-rata memuji kerana masih berbakat menyampaikan berita.
Kali terakhir baginda tampil sebagai pembaca berita adalah pada 31 Ogos 2016 lalu.
Tengku Permaisuri Norashikin melangsungkan majlis pernikahan bersama
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 di
Masjid Diraja Istana Alam Shah Klang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.