KUALA LUMPUR – Insiden kapal selam milik Indonesia, KRI
Nanggala 402 yang membawa 53 kru turut mendapat perhatian rakyat negara
ini.
Malah lebih menyayatkan hati terdapat beberapa gambar
kru yang menunjukkan sebahagian mereka sempat menunaikan solat di atas
badan kapal selam itu yang sedang terapung sebelum ia hilang.
Rata-rata masyarakat meluahkan rasa sedih dengan insiden yang terjadi apatah lagi pada bulan Ramadan ini.
Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani turut
berkongsi rasa hatinya apabila menghasilkan nukilan buat kru yang
terlibat dalam kejadian itu di Facebook miliknya.
Allah lebih menyayangi kalian warga NKRI Nanggala.-402
Memilih Ramdan untuk menjadi saat bahagia,
sujud dan solat sebagai hamba,
sebelum tenggelam di lautan menuju pencipta,
doa kami tetap bersama,
walau kita di batas budaya,
namun kita tetap hamba kepada yang esa,
berbahagialah kalian apabila di sana,
Allah tetap mengira,
setiap yang terbaik yang di kerja..
moga syahid semua.,
suatu masa,
kami pun akan kesana
moga Allah menganjarkan syurga
untuk setiap di kalangan kita..
Doa kami Malaysia untuk Indonesia..
Moga kita akan bersama di syurga.
– Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
UAD
Semalam, Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto
berkata, pihaknya menemui beberapa barangan dipercayai daripada kapal
selam itu termasuk kesan tumpahan minyak di permukaan sekitar kawasan
pencarian.
Panglima Angkatan Laut TNI, Laksamana Yudo
Margono pula memaklumkan serpihan-serpihan yang ditemukan terapung di
perairan Bali itu diyakini dari komponen kapal selam buatan Jerman itu.
Antara yang ditemukan, pelurus tabung peluru
torpedo, paip pendingin serta botol berwarna oren mengandungi minyak
pelincir kapal selam terbabit.
KRI Nanggala hilang pada Rabu lalu ketika latihan menembak torpedo.
Beberapa negara termasuk Malaysia, Australia
dan Amerika Syarikat turut menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan
kapal selam terbabit. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.