SEPERTI diketahui, ahli perniagaan yang membelasah pengawal peribadinya pada hari pertama Ramadan lalu bukan hanya mempunyai kes berkait insiden tersebut sahaja.
Malah puluhan juta ringgit emas dan wang ditemui hasil serbuan polis di sebuah rumah di Klang yang disyaki berkait dengan majikan tersebut sebelum ini.
Berikutan itu, selepas Chung Chee Yang, 44, selesai berdepan pertuduhan hari kedua berkait insiden mencederakan pengawal peribadinya di Kuala Lumpur semalam, lelaki itu ditahan lagi.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengesahkan penahanan Chee Yang selepas dia didakwa di Mahkamah Majistret.
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
“Siasatan akan diteruskan walaupun mahkamah tidak membenarkan reman,” kata Zainuddin ketika dihubungi BERNAMA.
Chee Yang dan pembantu peribadinya, Choo Hin Voon, 43, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang atas tujuh pertuduhan antaranya memukul dan mengugut dua pengawal peribadinya menggunakan pistol.
Semalam, Chee Yang didakwa di Mahkamah Majistret Kua Lumpur pula atas empat tuduhan memukul mangsa sama, beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Media sebelum ini melaporkan dua pengawal peribadi cedera selepas dirotan dan diugut bunuh menggunakan pistol oleh majikan dipercayai akibat perselisihan faham berkaitan puasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.