Sampai bila nak biarkan ultra kiasu di negara ini agungkan komunis?
BANGI – Pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menuntut tugu komunis Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) yang dibina secara haram di Taman Peringatan Nilai segera dirobohkan.
Beliau mendesak tindakan itu setelah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) merobohkan monumen Mao Tze Tung yang turut dibina secara haram di Taman Peringatan Nirwana, Semenyih.
Menyambut baik tindakan MPKj itu, Prof Mohd Ridhuan Tee mempersoalkan, bilakah Majlis Perbandaran Nilai juga mahu mengambil langkah sama, memandangkan tugu berkenaan dibina secara haram pada 1996.
“Sampai bila kita harus biarkan rakyat negara ini, terutamanya ultra kiasu terus mengagung-agungkan komunis? Kepada ultra kiasu komunis itu adalah pejuang seperti mana mereka mendewakan Mao Tze Tung.
“Mana lebih bahaya daripada patung Mao Tze Tung atau patung komunis MPAJA? Sudah tentu MPAJA lebih bahaya,” katanya.
Justeru, beliau berkata, sudah sampai masanya semua pihak mengambil serius mengenai perkara ini kerana pemikiran komunis MPAJA sedang menguasai generasi dahulu dan diturunkan sehingga kini.
“Sebab itu, kita lihat perangai dan tingkah laku komunis terus-menerus menganggu-gugat pembinaan negara bangsa yang kita idam-idamkan.
“Silibus sejarah sekolah persendirian Cina masih mengagungkan komunis. Komunis dilihat sebagai pejuang menentang Jepun,” katanya.
BACA PENUH ULASAN PROF DR RIDHUAN TEE ABDULLAH DI RUANGAN PENDAPAT ISMAWEB.NET
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.