Isnin, 26 April 2021

Persiapan sambut Aidilfitri musnah

Oleh Erika George 
Bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Pujut di Miri hari ini. - Foto ihsan bomba
Bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Pujut di Miri hari ini. - Foto ihsan bomba

MIRI: Persiapan 10 sekeluarga menyambut Aidilfitri dua minggu lagi musnah selepas rumah mereka di Kampung Pujut hangus dalam kebakaran jam 1 tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, berkata anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima makluman berhubung kejadian pada jam 1.38 tengah hari.

"Kebakaran memusnahkan kediaman jenis separuh kekal itu turut merebak ke sebuah lagi rumah bersebelahan dan membakar sekitar 20 peratus bahagian tepi rumah berkenaan, namun ia dapat dipadam oleh pasukan bomba melalui proses penyejukan," ujarnya.

Tiada kemalangan jiwa dalam kebakaran itu kerana semua dapat lari menyelamatkan diri kecuali seorang penghuni, wanita berusia 32 tahun yang melecur pada kaki.

Katanya, semua mangsa kini menetap sementara di rumah sanak saudara berdekatan sementara menunggu bantuan susulan tiba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.