Sinar Harian
Antara peralatan komputer yang dirampas dalam serbuan di sebuah kilang
Desa Tun Razak di sini pada Isnin. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR:
Kegiatan sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang berselindung di
sebalik kawasan kilang di Desa Tun Razak di sini sejak sebulan lalu
terbongkar apabila markasnya diserbu polis pada Isnin.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob
berkata seramai 25 individu ditahan dalam serbuan pada jam 4 petang itu.
"Kita
telah menahan 11 individu termasuk dua wanita warga tempatan, tangkapan
selebihnya melibatkan warga China," katanya ketika ditemui di lokasi
serbuan pada Isnin.
Zainuddin berkata sindiket itu dipercayai aktif menjalankan aktiviti penipuan yang menyasarkan mangsa warga asing.
"Sebelum
ini, sindiket itu menjalankan aktiviti penipuan di Pulau Pinang,
sebelum berpindah ke ibu kota pada bulan lalu," katanya.
Beliau berkata, selain dijadikan pusat panggilan (call center), kilang tiga tingkat itu turut dijadikan asrama.
"Kita lihat kilang ini berada di kawasan yang terpencil dan sunyi, malah pintu depan kilang sentiasa ditutup.
"Sindiket hanya menggunakan pintu belakang untuk keluar dan masuk bagi mengelirukan pihak berkuasa," katanya.
Zainuddin
berkata pihaknya akan mengesan pemilik premis untuk tindakan lanjut dan
kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.