PETALING JAYA: Ikatan Anak Mersing bantu masyarakat Mersing menambah ilmu mengenai penjagaan dan penanaman cendawan tiram kelabu.
Presidennya, Muhammad Syukri Ibrahim berkata, program-program seperti itu merupakan inisiatif bersiri untuk membantu masyarakat di situ.
“Selesai kursus asas penjagaan dan penanaman cendawan tiram kelabu. Terima Kasih saudara Hasrul Hizad atas perkongsian pengalaman dan tips-tips berguna tentang cendawan tiram kelabu.
“Siri seterusnya akan dilaksanakan pada bulan Mei tahun ini,” katanya dalam catatan di laman Facebook miliknya.
Muhammad Syukri komited untuk terus menabur bukti pada masyarakat Mersing walaupun berskala kecil jika dibandingkan dengan dermawan tempatan yang lain.
“Kami bukan Ustaz Ebit Liew mahupun Najib Asadok, kami cuma anak tempatan yang mahu menabur budi dan bakti kepada masyarakat Mersing.
“Terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan,” katanya.
Program ini adalah anjuran bersama Ikatan Anak Mersing, Yayasan Makmur Mersing, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh dan Pertubuhan Peladang Kawasan Mersing. – UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.