Jumaat, 30 April 2021

Ebit Lew sumbang RM25,000 untuk keluarga mangsa KRI Nanggala-402

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR

Ebit bercakap dengan ahli keluarga mangsa tragedi KRI Nanggala-402 hari ini.

PETALING JAYA – Penceramah popular, Ebit Lew hari ini menghadiahkan RM25,000 kepada lima keluarga mangsa tragedi KRI Nanggala-402.

Menurutnya di laman Facebook, setiap keluarga menerima RM5,000 yang bersamaan dengan 17 juta rupiah.

“Sayu sebak bila dapat panggilan video ahli keluarga tragedi KRI Nanggala-402. Selalu berdoa Allah bantu dan beri kekuatan buat mereka dan ahli keluarga.

“Saya niat nak beri kata semangat doa dan hadiahkan RM25,000 untuk lima keluarga yang susah mangsa tragedi KRI Nanggala-402. Setiap keluarga RM5,000 atau 17 juta rupiah. Bila call (berhubung) terasa seperti sebuah keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit berkata, dia bersyukur dapat menghubungi keluarga Serda Diyut Subandriyo dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aksi Cepat Tanggap.

Menurutnya, Serda Diyut meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

“Dapat bercakap dengan keluarga dan anak beliau. Comel anaknya. Keluarga minta doakan anaknya boleh bercakap dan berjalan. Sekarang umur 5 tahun. Kerana belum boleh bercakap dan berjalan.

“Sayu sahaja rasa tengok anaknya yang tak tahu apa-apa. Masa berdoa bersama tadi keluarganya sebak sedih. Mereka baru lepas berbuka dan sedang bacaan Yasin,” katanya. –

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.