Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI
PETALING JAYA – Usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, sekali lagi didakwa membuat kejutan seolah-oleh berniat mahu menukar agama melalui sebuah video.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh video itu dimuat naik sama ada ia video baharu atau lama.
Terdahulu, video berdurasi 1 minit 48 saat tular di media sosial memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan orang di sekeliling termasuk dengan apa yang berlaku kepadanya.
“Lepas JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan), saya sudah malas nak fikir.
“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Saya sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak jadi orang Islam.
“Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,” ujarnya melalui video berkenaan.
Pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.
Selang beberapa hari kemudian iaitu pada 27 Februari, satu serbuan ke kediamannya di Seksyen 10, Kota Damansara telah dilakukan petugas JAIS dengan bantuan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya namun dia gagal ditemui dan disyaki cuba bersembunyi di lokasi lain.
Justeru itu, Polis Selangor bersedia bekerjasama dengan JAIS bagi membantu mengesan Nur Sajat. -K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.