Oleh KOSMO!
BANGKOK-Seekor kucing Siam di Chanthaburi, timur Thailand yang berusia 34 tahun dipercayai merupakan kucing tertua di dunia, lapor agensi berita The Thaiger semalam.
Menurut tuan kucing betina itu, Wanna Kodkarika, kucing betinanya yang digelar ‘Great Grandmother Wad’ atau Moyang Wad masih lagi kuat namun mempunyai sedikit kesukaran apabila berjalan selain sudah nyanyuk.
‘Ramai mendakwa Moyang Wad memegang rekod kucing tertua yang masih hidup di dunia. Sebelum ini, rekod kucing paling tua dipegang seekor kucing bernama Creme Puff dari Austin, Texas, Amerika Syarikat.
Ia hidup sehingga berumur 38 tahun 3 hari dari 1967 hingga 2005.
Wanna pertama kali menjumpai ibu kepada Moyang Wad di hadapan rumahnya pada 1986. Setahun kemudian, ibu Moyang Wad melahirkan dua ekor kucing namun hanya Moyang Wad yang hidup.
“Semasa nenek Moyang Wad masih muda, ia cukup pandai menangkap haiwan-haiwan kecil di taman.
“Ia juga cukup manja dan suka bermain namun garang apabila diganggu haiwan lain. Moyang Wad pernah dua kali diserang anjing, menyebabkan dia mempunyai masalah tulang,” jelas Wanna.
Moyang Wad melahirkan empat ekor anak dan kesemua anak itu juga melahirkan anak kucing lain namun nyata usia Moyang Wad lebih panjang berbanding ‘anak cucunya’.
Dalam umur manusia, usia kucing tua itu menyamai individu berumur 160 tahun. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.