Syarat penyertaan lelaki berusia 18 hingga 35 tahun
BANGI – Relawan Muda ISMA mencari sukarelawan yang ingin menyertai aktiviti pembungkusan dan agihan 10,000 pek prihatin Ramadan di seluruh negara mulai Sabtu ini.
Antara syarat penyertaan, peserta haruslah lelaki berusia 18 hingga 35 tahun, sihat dan kuat tubuh badan serta minat dengan aktiviti khidmat masyarakat.
Jenis aktiviti yang disediakan termasuk pembungkusan pek prihatin Ramadan; agihan pek prihatin Ramadan (10,000 unit) dan agihan pek iftar Ramadan melibatkan 20,000 unit.
Aktiviti pembungkusan pek prihatin Ramadan akan diadakan pada 3 dan 4 April ini membabitkan 10,000 unit.
Sementara agihan pek prihatin Ramadan dan pek iftar Ramadan yang meliputi empat fasa akan diadakan di 50 lokasi berbeza bermula 17 April dan berakhir pada 9 Mei depan.
Orang ramai yang berminat boleh mendaftar di bit.ly/DaftarRelawanMudaISMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.