SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan bersedia memastikan kelancaran perjalanan vaksin Covid-19 sampai ke negeri ini dengan selamat, esok.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya akan memastikan aspek keselamatan proses tersebut yang bermula dari Subang, Selangor ke negeri ini.
“Esok 15 pegawai dan anggota dengan tiga buah kereta peronda dan motor trafik akan kawal pergerakan dari Subang ke Negeri Sembilan. Kita akan pastikan vaksin itu sampai dengan selamat ke negeri ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin hari ini berkata, vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech akan diedarkan ke Negeri Sembilan esok.
Sementara itu, Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan di negeri ini terdapat dua tempat penyimpanan vaksin yang telah ditetapkan.
“Dalam pada itu, kami sasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 5,100 pegawai dan anggota polis di negeri ini akan menerima suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama,” katanya. UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.