Adie Sufian Zulkefli
Warga
emas yang dijumpai mati dengan kesan kecederaan parah pada bahagian
leher di kawasan SK Suka Menanti semalam dikenal pasti sebagai Chua Hock
Soon @Chua Leok Eng, 70 tahun. --fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Polis telah mengenal pasti identiti warga emas yang ditemui mati dengan
kecederaan parah pada leher, disyaki dibunuh, sebelum mayatnya
ditemukan orang awam di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti,
semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar
ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Chua
Hock Soon @Chua Leok Eng, 70 tahun, dipercayai beralamat di Jalan
Simpang Empat, Alor Setar.
Manakala, suspek yang berusia 30-an pula berasal dari Perumahan Awam Mergong.
Bagaimanapun pihak polis masih menjalankan siasatan berkaitan motif sebenar pembunuhan.
Kes masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian jam 4.30 petang semalam, polis menerima maklumat berhubung pergaduhan di Lebuhraya Sultan Abdul Halim.
Sejurus kemudian, satu mayat lelaki warga emas ditemui di hadapan sekolah tersebut dalam keadaan berlumuran darah.
Susulan
itu, seorang lelaki berusia 30-an ditahan orang awam di kawasan Taman
Wira Mergong selepas kereta Proton Saga yang dipandunya melanggar
seorang penunggang motosikal di kawasan perumahan itu.
Suspek
yang dalam keadaan khayal itu diserahkan kepada polis untuk tindakan
lanjut kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan lelaki warga emas
itu.
Ahmad Shukri berkata semalam, mangsa
yang juga orang kurang upaya (OKU) dipercayai telah mati sebelum
dibuang ke kawasan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.