Bernama
Polis mengeluarkan saman dan merampas basikal berkenaan susulan penahanan
pada pukul 3 petang itu. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU:
Polis menahan enam remaja dan kanak-kanak berumur antara 12 dan 16
tahun kerana menunggang basikal lajak yang diubah suai, selain tidak
mempunyai brek dan loceng di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, di
sini, petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah
Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata polis
mengeluarkan saman dan merampas basikal berkenaan susulan penahanan pada
pukul 3.00 petang itu.
Beliau
berkata Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) JBS mengeluarkan 10 saman Pol 257 di bawah peraturan
42(1)(a) LN 166/59 dan kesemua basikal dirampas di bawah Seksyen 112(3)
Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya
kesemua mereka dibenarkan pulang selepas ibu bapa masing-masing
dipanggil oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD JBS bagi
tujuan dokumentasi.
"Ibu bapa mereka juga
sudah dinasihati supaya mengambil tahu kegiatan anak-anak mereka ketika
berada di luar rumah sebelum mereka dibenarkan pulang," katanya
menerusi kenyataan, di sini, pada Jumaat.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.