PUTRAJAYA: Polis diminta menyiasat penglibatan pemimpin dari sebuah parti politik yang dipercayai bersubahat dalam kartel import daging sejuk beku untuk terus menguasai pasaran daging tempatan.
Ketua Penerangan Gerak Ekonomi Anak Melayu Keramat, Zulhafiz Abu Hanafiah berkata, penglibatan pihak tersebut sekali gus menghalang tertubuhnya National Feedlot Corporation (NFC) dalam beberapa tahun kebelakangan ini bagi mengekang penguasaan kartel dalam industri berkenaan.
Pihaknya percaya penglibatan beberapa pemimpin politik dengan pihak kartel itu berdasarkan perakuan dalam bentuk verbal dari bekas pemimpin parti yang mendakwa secara jelas dan terang mengenai wujudnya hubungan terbabit.
Katanya, ia bertujuan memburuk-burukkan NFC seterusnya mengaut keuntungan politik atas tindakan yang bersifat serampang dua mata itu.
“Kami bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membantu menyelesaikan kemelut industri makanan negara.
“Ia sebagai satu tanggungjawab dan prihatin untuk menyelesaikan rasa kecewa dan kegelisahan umat Islam di negara ini semenjak tercetusnya berita kes kartel import daging sejuk beku yang berlaku di Senai, Johor baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, NGO tersebut membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
JMM kelmarin membuat laporan polis supaya pihak berkuasa itu menyiasat penglibatan parti politik dan sekutunya yang didakwa bersekongkol dengan pihak kartel daging sejuk beku untuk terus menguasai pasaran negara ini.
Ini termasuk pembabitan ahli politik dipercayai turut bekerjasama dengan pihak kartel itu dengan cara menghalang tertubuhnya syarikat Melayu bumiputera di bawah kerajaan seperti NFC. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.