Astro Awani
Sekumpulan pengkaji meramalkan fenomena Pelepasan Massa Koronal (CME)
terbesar bakal melanda bumi.
SEKUMPULAN pengkaji meramalkan fenomena Pelepasan Massa Koronal (CME) terbesar bakal melanda bumi.
Analisis
yang dijalankan kumpulan pakar itu dan diterbitkan dalam Space Weather
journal, menjangkakan, 'ribut' solar terbesar berkenaan 10 kali lebih
kuat daripada yang diramalkan sebelum ini.
Pada
2014, Saintis dari NASA JPL, Bruce Tsurutani dan Saintis dari Institut
Geomatik, Gurbax Lakhina mendedahkan mengenai CME yang mampu
menghasilkan ribut magnet yang lebih kuat berbanding 'ribut' Carrington.
Carrington
sebelum ini disifatkan sebagai ribut geomagnetik terbesar pernah
direkodkan, di mana kekuatannya dapat dirasai di kebanyakan lokasi.
Kajian
yang dijalankan juga menunjukkan kejutan 'ribut' solar antara planet
akan mengambil masa selama 12 jam untuk sampai ke bumi.
Ia sekali gus memberi masa kepada pasukan kecemasan untuk bersedia menghadapi fenomena itu.
Malah, CME susulan juga dijangka berlaku selepas CME pertama sampai ke bumi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.