Astro Awani
Ratusan
etnik Rohingya hilang dari kem pelarian di Indonesia dan dipercayai
diseludup masuk ke Malaysia, kata pihak berkuasa negara itu. -Gambar
hiasan
JAKARTA: Beratus-ratus pelarian Rohingya dilaporkan hilang dari kem pelarian di Indonesia.
Pihak berkuasa negara itu mengesyaki mereka diseludup masuk ke Malaysia, negara jirannya yang paling dekat.
Hanya
seramai 112 pelarian masih kekal mendiami kem sementara di Lhokswumawe
di pantai utara Indonesia, berbanding 400 yang tiba di antara Jun dan
September tahun lalu.
Pihak berkuasa tempatan tidak dapat menjelaskan di mana lokasi pelarian Rohingya berkenaan ketika ini.
Dipercayai mereka sudah menyeberangi Selat Melaka untuk ke Malaysia.
Ketua
pasukan petugas di kem Lhokswumawe sendiri tidak pasti ke mana haluan
pelarian Rohingya itu, namun mengakui bahawa mereka akan melarikan diri
jika tahu cara untuk meninggalkan kem.
Tindakan
keras tentera Myanmar termasuk membunuh, merogol dan membakar kediaman
pada tahun 2017 disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Kejadian
itu memaksa lebih 750,000 pelarian Rohingya berduyun-duyun melintasi
sempadan untuk melarikan diri dan berlindung di negara jiran sama ada di
Bangladesh, Malaysia dan Indonesia.
Di Bangladesh, mereka tinggal secara daif di kem penuh sesak di Cox's Bazar.
Beribu-ribu
pelarian Rohingya membayar penyeludup untuk mengeluarkan mereka dari
Bangladesh dan memulakan perjalanan berbahaya merentasi lautan selama
berbulan-bulan bagi membolehkan mereka sampai ke Malaysia atau
Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.