Astro Awani
Asyraf
Wajdi berkata enam cadangan itu wajar diambil tindakan segera
oleh
kerajaan bagi memastikan keyakinan terhadap logo Halal Malaysia
tidak
terjejas. - ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR:
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa pihak kerajaan
menubuhkan sebuah pasukan khas melibatkan pelbagai agensi
penguatkuasaan dalam industri halal bagi mengenal pasti dalang sindiket
kartel daging yang mencetuskan kebimbangan ramai.
Beliau
dalam satu kenyataan di akaun Facebook berkata kerajaan perlu menangani
segera isu yang menimbulkan kebimbangan dan keraguan orang ramai ini.
“Kebimbangan
dan keraguan orang ramai terhadap status halal dan kebersihan daging
import halal yang berada di pasaran dengan pelbagai berita-berita
sensasi termasuklah campur aduk antara daging halal dan haram mesti
ditangani segera oleh pihak Kerajaan.
“Bagi
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, isu seperti ini bukan kali pertama
malah berulang kali timbul hingga menyerlahkan kekangan dan kelemahan
ketara dalam isu penguatkuasaan dan kawal selia industri halal di negara
ini," kata Asyraf Wajdi.
Tambahnya, ramai tidak menyedari kuasa pensijilan dan penguatkuasaan halal melibatkan pelbagai agensi.
“Ramai
yang mungkin tidak menyedari bahawa kuasa pensijilan halal dan
penguatkuasaan halal terletak di bawah bidang kuasa agensi-agensi yang
berbeza.
“Kuasa pensijilan Halal ketika
ini terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa JAKIM dan Jabatan-Jabatan
Agama Islam Negeri-Negeri, sedangkan penguatkuasaan pula di bawah
pelbagai agensi termasuklah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna (KPNHEP), Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia
dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
“Dalam
isu mengawal selia urusan import bekalan daging ke Malaysia pula bukan
hanya terletak di bawah kuasa mutlak JAKIM, malah pelbagai agensi lain
yang membabitkan beberapa peringkat.
“Ia
termasuklah Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (DVS), Jabatan Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Kastam Diraja
Malaysia (JKDM) serta Polis Pelabuhan,” ujarnya lagi.
Asyraf
turut mencadangkan agar nama-nama syarikat yang sedang disiasat dan
disyaki terbabit dengan penipuan sijil dan percampuran daging halal
haram didedahkan selain tindakan menarik semula bekalan daging yang
telah memasuki pasaran dalam tempoh dua minggu kebelakangan.
Selain
itu, beliau turut mencadangkan penubuhan satu pasukan khas melibatkan
pelbagai agensi penguatkuasaan dalam industri halal bagi mengenal pasti
dalang sindiket kartel yang bertanggungjawab dan tindakan tegas diambil
tanpa kompromi.
Cadangan lain yang turut
diutarakan beliau adalah menilai kembali kapasiti kakitangan persijilan
halal, melakukan penambahan segera kakitangan pengawal seliaan halal di
JAKIM dan di Jabatan Agama Islam negeri, serta memperkasakan kembali
Majlis Halal Malaysia.
Tambahnya,
keenam-enam cadangan di atas wajar diambil tindakan segera oleh kerajaan
bagi memastikan keyakinan terhadap logo Halal Malaysia tidak terjejas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.