Bernama
Kementerian
itu merujuk kepada satu artikel bertajuk 'Homeless Malaysians in
Singapore' yang disiarkan akhbar The New Straits Times (NST) pada 22
Nov.
- Gambar fail
SINGAPURA:
Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) hari ini menafikan dakwaan
yang terdapat lebih daripada 100 rakyat Malaysia yang merupakan pemegang
pas kerja di Singapura, kini merempat kerana tidak mampu untuk menyewa
bilik mahupun katil.
Kementerian itu
merujuk kepada satu artikel bertajuk 'Homeless Malaysians in Singapore'
yang disiarkan akhbar The New Straits Times (NST) pada 22 Nov, menerusi
temu bual seorang rakyat Malaysia Shahruddin Hael Helmy Mohd Noh.
Berikutan
laporan itu, MOM menyatakan mereka telah bertemu Shahruddin pada 23 dan
27 Nov bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan dakwaan beliau,
supaya kementerian itu dapat memberikan bantuan yang perlu, kepada
pekerja terbabit.
Bagaimanapun MOM
menyatakan, yang lelaki itu gagal untuk memberikan maklumat tepat
seperti nama dan maklumat hubungan pekerja Malaysia yang merempat itu,
seperti yang telah didakwa beliau.
"Beliau
akui yang dia tidak pernah bercakap secara terus dengan mana-mana
pekerja terbabit dan tidak dapat mengesahkan yang mereka
sebenar-benarnya merempat.
"Beliau tidak
kenal mana-mana pekerja Malaysia yang tidak mempunyai tempat tinggal dan
juga menyatakan yang beliau tidak memberitahu wartawan NST yang 'lebih
100 rakyat Malaysia di Singapura merempat," menurut kementerian itu
dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.
Menurut
MOM, Kerajaan Singapura mempunyai satu Pasukan Petugas antara Agensi,
yang menjalankan pemeriksaan rutin dan memeriksa di pelusuk pulau dan
jika menemui mana-mana orang yang merempat, mereka akan dirujuk kepada
agensi berkaitan untuk diberikan bantuan.
Pasukan Petugas itu terdiri daripada pegawai MOM, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan juga pasukan Polis Singapura.
"Sebagai
sebahagian daripada pemeriksaan rutin, pegawai terbabit telah pergi ke
pelbagai lokasi di pulau itu sehingga lewat malam pada 26 Nov, termasuk
kawasan yang disenaraikan oleh Shahruddin. Namun kami tidak menemui
mana-mana pemegang pas kerja yang tidur di tepi jalan.
Pekerja
yang ditemui tidur di tempat terbuka, termasuk pemegang pas kerja, akan
diberikan bantuan dan majikan mereka akan diminta menyediakan
penginapan dengan segera atau Pusat Pekerja Asing (MWC) akan menempatkan
mereka di tempat mereka, jika majikan tidak dapat melakukannya,"
menurut MOM.
Mom juga telah telah
berhubung dengan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) untuk memaklumkan
mana-mana pemegang pas kerja yang ditemui merempat.
MOM menyatakan, dalam beberapa bulan lepas, mereka tidak menerima sebarang rujukan daripada NGO-NGO terbabit.
Kementeria
itu mengingatkan para majikan mengenai tanggungjawab mereka terhadap
pekerja asing mereka dan perlu memastikan yang mereka mempunyai
penginapan yang sesuai ketika tinggal di Singapura.
Kenyataan
itu menyatakan, orang awam yang mengetahui mana-mana pemegang pas kerja
yang menghadapi masalah penginapan, perlu merujuk mereka kepada MOM
atau MWC menerusi talian 'hotline' 24 jam pada nombor 6536 2692 untuk
bantuan selanjutnya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.