Isnin, 28 Disember 2020

PKPB di Selangor, KL lanjut hingga 14 Jan depan .

 

PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Selangor dan Kuala Lumpur dilanjutkan hingga 14 Jan depan, susulan terdapat peningkatan mendadak kes COVID-19, kata Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob.

Ketika ini semua sembilan daerah di Selangor dikelaskan sebagai zon merah.

PKPB di Selangor sebelum ini ditetapkan berakhir pada 31 Disember, dengan pengecualian diberikan kepada daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

“Kalau dahulu Sabak Bernam dikecuali, sekarang ini Sabak Bernam juga meningkat tinggi. Mesyuarat bersetuju lanjutkan PKPB di Selangor hingga 14 Januari depan. Perkara sama juga di Kuala Lumpur, dilanjutkan sehingga 14 Januari depan,” katanya pada sidang media hari ini.

PKPB bagi semua daerah di Sabah juga dilanjutkan sehingga 14 Jan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.