Sabtu, 5 Disember 2020

Pekan, daerah kedua di Pahang dilanda banjir .

Asrol Awang

GAMBAR HIASAN

Pekan: Daerah ini menjadi daerah kedua di Pahang dilanda banjir, selepas Raub, apabila sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, malam tadi.

Menurut portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS di SK Seri Terentang, Pekan itu merekodkan lima mangsa daripada satu keluarga.

Sementara itu, menurut publicinfobanjir.water.gov.my, paras Sungai Lipis, Batu Malim di Raub menghampiri paras berjaga-jaga iaitu 113.20 meter (m).

Paras amaran yang ditetapkan ialah 114.24 m, manakala paras bahaya pula 114.8 m.

Setakat ini 11 malam tadi, sembilan PPS dibuka di Pahang menempatkan 161 mangsa daripada 53 keluarga.

Sebelum ini, Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir apabila lapan PPS dibuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.