Kluang: Cuti Hari Natal serta hujung minggu panjang digunakan kaki pancing untuk turun ke sungai bagi mendapatkan tangkapan untuk dibawa pulang.
Malah, ada kumpulan mengambil pendekatan tidur di tepi sungai atau rumah rakit disediakan penduduk setempat bagi membolehkan mereka memancing hingga lewat malam atau memasang jaring bagi mendapatkan ikan.
Tinjauan mendapati, antara sungai menjadi pilihan kaki pancing adalah Sungai Sembrong di Kampung Orang Asli Sedohok, Sungai Kahang di Kampung Sri Lukut dan Sungai Endau di Kampung Orang Asli Tanah Abang.
Pemancing, Khiruddin Kamarulzaman, 35, berkata, kebiasaannya jika cuti panjang seperti ini mereka akan menghabiskan masa selama dua hari satu malam di sungai pilihan untuk memancing.
Katanya, jika keadaan air agak baik, mereka akan memasang jaring bagi mendapatkan ikan sungai sebagai sumber pendapatan sampingan selain udang galah yang sememangnya mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai di Kluang.
"Jika tidak bermalam, kami akan mula memancing dari awal pagi hingga lewat petang sebelum balik ke rumah dan menyambung aktiviti sama keesokannya sepanjang waktu cuti seperti ini.
"Aktiviti ini dilakukan bukan untuk mencari pendapatan sampingan semata-mata, namun ia lebih kepada hobi bagi mengisi masa lapan," katanya ketika memancing di Sungai Sembrong di Pekan Kahang, dekat sini, hari ini.
Tinjauan di pangkalan di Kampung Orang Asli Sedohok mendapati kira-kira 30 bot memancing milik penduduk disewa kaki pancing dengan sewaan RM20 hingga RM25 sehari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.