Rabu, 2 Disember 2020

4 lagi suspek kes tembak PGA disambung reman

 azrulhakimie

 

Dilanjutkan antara enam ke tujuh hari lagi, bermula hari ini

KANGAR – Perintah reman terhadap empat lelaki termasuk seorang rakyat Thailand yang dipercayai terlibat dalam insiden berbalas tembak dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand minggu lepas, dilanjutkan antara enam dan tujuh hari lagi, bermula hari ini.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar Siti Nor Hasliza Md Ali di sini selepas membenarkan permohonan pihak polis, bagi membantu siasatan kes.

Suspek warga Thailand dan seorang rakyat tempatan berumur 27 dan 45 tahun disambung reman selama enam hari (hingga 8 Dis) manakala dua suspek lagi warga tempatan berumur 22 dan 45 tahun disambung reman selama tujuh hari (hingga 9 Dis).

Semalam polis menyambung reman selama tujuh hari hingga 7 Dis ini terhadap tiga suspek warga Thailand.

Dalam kejadian awal pagi 24 Nov lepas, seorang anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembak dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.