Astro Awani
Alif
Satar yang kini sedang berada dalam tempoh kuarantin akibat COVID-19
sekali lagi
menyatakan rasa terharu atas sifat pemurah jiran tetangga
yang menawarkan pelbagai
bentuk bantuan kepadanya. -Instagram
SELEBRITI
serba boleh, Alif Satar yang kini berada dalam tempoh kuarantin akibat
COVID-19 sekali lagi menyatakan rasa terharu atas sifat pemurah jiran
tetangga yang menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepadanya.
Perkara
tersebut dikongsi pemilik dengan nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar,
30, selepas memuat naik gambar sumbangan makanan daripada jiran di
laman Instagram miliknya.
“Alif
sangat terharu. Jiran Alif ambil maklum tentang situasi keluarga Alif
sekarang dengan isteri dan anak-anak Alif perlu kuarantin.
“Mereka semua menawarkan bantuan, ada yang ingin bantu dengan membuangkan sampah, menghantarkan makanan.
"Ini baru betul #KitaJagaKita," jelasnya.
Dalam
pada itu, Alif mengucapkan terima kasih kepada yang berkenaan sambil
menyifatkan perlakuan mereka itu sebagai bukti nilai kemanusiaan yang
baik masih wujud.
“Terima kasih MD Community, anda tahu siapa anda, faith in humanity restored.
“Ada
hamba Allah nama Aziz dan Arsyad memberi hidangan nanas masak lemak dan
salah seorang jiran kami, Jasmine tinggalkan depan pintu.
“Ini dia... contoh #KitaJagaKita. Alhamdulillah komuniti jiran tetangga Alif sangat ‘supportive’, memahami dan membantu dalam kesusahan,” jelasnya.
Terdahulu,
isteri penyanyi, Alif iaitu Sha Dila Hadid dan tiga anak mereka, Alisha
Anugerah, 5; Ariana Mecca, 3; dan Muhammad Ali, 1, disahkan negatif
COVID-19 selepas membuat ujian saringan pada Isnin.
Sebelum
ini, Alif turut menyatakan rasa terharu selepas Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad
Al-Bakri sudi bertanya khabar kepadanya.
Alif turut berterima kasih atas keprihatinan Dr Zulkifli yang mendoakan kesihatannya menerusi aplikasi panggilan video FaceTime.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.