Bernama
Abang
Johari berkata menjelang akhir 2021, daerah Telang Usan akan menerima
bekalan
elektrik sepenuhnya apabila sistem solar bagi tenaga boleh
diperbaharui dipasang di 21
kampung di kawasan berkenaan. -Gambar fail
KUCHING:
Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2.37 bilion bagi projek bekalan
elektrik luar bandar pada 2019 dan 2020 dengan sasaran untuk mencapai
pembekalan elektrik sepenuhnya di kawasan luar bandar negeri ini
menjelang 2025, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun
Openg.
Beliau berkata pada 2009, liputan
elektrik luar bandar hanya pada 56 peratus dan angka terbaru tahun ini
menunjukkan bahawa 93 peratus isi rumah di luar bandar telah menerima
bekalan elektrik.
"Kami
akan meningkatkan usaha untuk memastikan setiap isi rumah dibekalkan
dengan tenaga elektrik dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya
ketika merasmikan Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar
Sarawak (SARES) di Long Pilah, Telang Usan, sebuah kawasan perkampungan
luar bandar kira-kira 760 kilometer utara ibu negeri.
Hadir
sama Menteri Utiliti negeri Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan ADUN Mulu Datuk Gerawat
Gala serta Pengerusi Sarawak Energy Bhd (SEB) Datuk Amar Abdul Hamed
Sepawi.
Abang
Johari berkata menjelang akhir 2021, daerah Telang Usan akan menerima
bekalan elektrik sepenuhnya apabila sistem solar bagi tenaga boleh
diperbaharui dipasang di 21 kampung di kawasan berkenaan.
Mengenai
SARES, Abang Johari berkata program itu telah membawa perubahan kepada
kehidupan lebih 8,000 isi rumah di lebih 270 kampung di kebanyakan
kawasan terpencil di Sarawak sejak diperkenalkan pada 2016.
Beliau
berkata di bawah inisiatif kerajaan-komuniti yang inovatif ini,
Kerajaan Sarawak melalui pelaksana projeknya Sarawak Energy telah
membekalkan elektrik daripada tenaga boleh diperbaharui, kurang karbon
dan boleh diharapkan selama 24 jam kepada kira-kira 60,000 penduduk luar
bandar yang tinggal di pedalaman Sarawak, menggantikan penjana diesel
yang bising dan mahal.
Sejak
diperkenalkan pada 2016, lebih 20,000 penduduk daripada kira-kira 2,500
isi rumah di 51 kampung pedalaman di Telang Usan mendapat bekalan
elektrik di bawah SARES.
Projek SARES ini
membekalkan tenaga elektrik ke rumah-rumah lebih 6,000 penduduk
daripada 725 isi rumah di 13 kampung iaitu Long Pilah, Long Luteng, Long
Daloh Bestari, Long Miri, Long Tebangan, Long Liam Keliman, Long
Sobeng, Long Selapun, Long Sebatang, Long Sengung, Long Pala, Long Buah,
dan Long Buken.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.