Astro Awani
Bertindak
atas maklumat awam dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota polis
dari Ibu Pejabat Daerah IPD Dang Wangi menyerbu sebuah hotel di Bukit
Bintang. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Sindiket penipuan secara dalam talian yang beroperasi di sebuah hotel
di ibu negara tumpas susulan penahanan 29 individu pada Sabtu malam.
Suspek
23 lelaki warga China dan enam warga tempatan termasuk seorang wanita
ditahan bersama kira kira 40 unit komputer riba dan 50 unit telefon
dipercayai diguna bagi menjalankan kegiatan mencari dan menipu
pelanggan.
Ketua
Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah
berkata risikan mendapati bilik hotel itu dijadikan markas kegiatan
sindiket penipuan pelaburan antarabangsa.
Bertindak
atas maklumat awam dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota polis
dari Ibu Pejabat Daerah IPD Dang Wangi menyerbu sebuah hotel di Bukit
Bintang.
Hasil pemeriksaan ke atas hotel tersebut, 20 bilik daripada didapati dijadikan pusat untuk jalankan kegiatan penipuan berkenaan.
Siasatan
awal juga mendapati kesemua suspek telah menjalankan operasi di hotel
berkenaan sejak sebulan dengan sewaan RM100 untuk sebuah bilik.
Sebanyak 20 bilik telah disewa oleh suspek yang ditahan.
“Kami
percaya sindiket ini merupakan sindiket penipuan pelaburan dari China
dan hasil serbuan pada petang, kami berjaya menahan 23 orang warganegara
asing dan lima warga tempatan yang kami syaki ada kaitan dengan kesemua
suspek ytang terlibat dalam sindiket ini.
“Oleh itu, hasil daripada siasatan awal, kami melihat mereka ini menjalankan operasi penipuan pelaburan SCI e-commerce di China.
“Kami percaya mangsa-mangsa yang terlibat ialah warganegara China,” kata Mohamad Zainal.
Pemeriksaan
awal pada komputer dan telefon yang dirampas mendapati terdapat
aktiviti berbentuk pelaburan dalam talian China SCI e-commerce yang
menyasarkan pelanggan dari China.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah penipuan.
Kesemua suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.