Bernama
Tengku
Zafrul berkata selain meningkatkan hasil, kerajaan juga komited untuk
mengurangkan paras hutang negara daripada 60 peratus dan mengembangkan
sektor berimpak tinggi. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR:
Kerajaan akan hanya memperkenalkan sebarang cukai baharu apabila
keadaan ekonomi telah pulih, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri
Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata
selain memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),
kerajaan turut meneliti pencukaian-pencukaian baharu yang bersesuaian.
Menurutnya, kajian mengenai cukai-cukai terbabit dilaksanakan oleh jawatankuasa khusus yang telah ditubuhkan pada akhir 2019.
"(Namun)
buat masa ini negara dalam proses pemulihan ekonomi...saya rasa tidak
sesuai untuk kita memperkenalkan cukai-cukai baharu.
"Mungkin
Insya-Allah, apabila ekonomi telah pulih semula, kita dapat meneliti
kajian yang dibuat sekarang dan lihat apakah cukai yang sesuai untuk
diumumkan (dilaksanakan)," katanya.
Beliau
berkata demikian dalam sesi wawancara Institut Strategik dan Integriti
Terengganu (TSIS) bertajuk 'Belanjawan 2021: Belanjawan Survival
COVID-19' yang disiarkan menerusi Facebook TV Darul Iman dan Kelantan
TV, malam ini.
Dalam pada itu, Tengku
Zafrul berkata selain meningkatkan hasil, kerajaan juga komited untuk
mengurangkan paras hutang negara daripada 60 peratus dan mengembangkan
sektor berimpak tinggi.
Menurutnya,
kerajaan juga menyasarkan untuk mengurangkan ketirisan di dalam ekonomi
bayangan yang kini sekitar 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK).-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.