Ahad, 1 November 2020

Covid-19: Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ditutup hingga 12 Nov

Kementerian Pendidikan berkata, segala urusan melibatkan orang awam di premis 
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dihentikan sepanjang tempoh penutupan bermula 
semalam hingga 12 Nov depan.

PUTRAJAYA: Premis Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ditutup bermula semalam hingga 12 Nov berikutan terdapat kes jangkitan Covid-19 melibatkan beberapa orang pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan premis yang ditutup adalah sektor pembelajaran dan unit hal ehwal murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Rahang dan unit pembangunan bakat murid dan sektor pendidikan Islam di Kompleks Ko-Kurikulum di Seremban.

Arahan penutupan itu turut melibatkan Pusat Ko-Kurikulum Kem Hassan Basir di Batu Kikir, Kuala Pilah.

Sehubungan itu, segala urusan melibatkan orang awam dihentikan sepanjang tempoh penutupan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.