Bernama
Puteri
Yasmin berjalan di hadapan rumahnya yang ditenggelami air banjir
termenung ketika
tinjauan di Kampung Padang Garam hari ini. -fotoBERNAMA
MARANG:
Meskipun cuaca kini telah kembali cerah dan panas sejak kira-kira empat
hari lepas, namun penduduk di Kampung Padang Garam di sini masih
'terperangkap' di pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan paras air
di kawasan rumah masing-masing masih tidak banyak berubah.
Ia
merupakan satu fenomena yang dirujuk ramai sebagai 'banjir termenung',
apabila air bagaikan bertakung di seluruh kampung, tidak dapat mengalir
ke mana-mana.
Penduduk
kampung Napisah Said, 71, berkata beliau terpaksa tinggal di PPS
Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang di sini, sejak 24 Nov lepas iaitu
hari pertama banjir gelombang kedua melanda Terengganu sehingga ke hari
ini, berikutan rumahnya masih dinaiki air hingga ke paras pinggang.
"Pada hari pertama banjir, air naik ke rumah hingga paras dada, hari ini air baru surut ke paras pinggang.
"Bila
makcik tengok orang lain dapat pulang ke rumah makcik pun berasa tidak
sabar hendak pulang juga sampaikan makcik telah siap mengemas pagi tadi.
"Namun tengah hari tadi penghulu kampung beritahu tidak boleh balik lagi sebab air masih tinggi.
"Kecewa
juga makcik kerana bosan tidak dapat berbuat apa-apa di sini (PPS).
Selalunya banjir
'termenung' antara seminggu hingga dua minggu.
"Paling
lama sebulan. Harapnya kali ini tidak lah sampai sebulan. Jika tidak
makcik pun turut 'termenung' sekali," katanya secara berjenaka ketika
ditemui Bernama di PPS SMK Merchang, di sini hari ini.
Warga
emas itu yang tinggal bersendirian berikutan lima anaknya telah
berkahwin dan menetap di kawasan lain berkata, banjir 'termenung'
merupakan situasi biasa yang dihadapinya sejak tinggal di Kampung Padang
Garam kira-kira 40 tahun lepas.
Napisah
berkata beliau juga tidak pernah membeli sebarang perabot seperti sofa
di rumahnya kerana enggan menanggung kerugian akibat rosak setiap kali
musim banjir.
Sementara itu Puteri Yasmin
Abdul Mubi, 29, berkata situasi banjir termenung itu turut
menenggelamkan kebun tembikainya seluas kira-kira dua hektar yang
terletak di sekeliling rumahnya.
"Hujan hanya turun dua hari sahaja tetapi hendak tunggu air betul-betul surut ambil masa lebih seminggu.
"Nasib
baik rumah saya tidak dimasuki air kerana rumah dibina tinggi tetapi
halaman rumah masih dinaiki air hingga ke paras betis.
Sementara
itu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pasir
yang turut merangkumi Kampung Padang Garam berkata banjir termenung yang
menjejaskan kira-kira 16 penduduk dari tujuh buah rumah itu, berlaku
disebabkan kedudukan kampung itu yang terlalu rendah.
Selain
itu ia juga disebabkan aktiviti pembalakan pokok gelam yang terdapat di
sekitar Kampung Padang Garam oleh individu tidak bertanggungjawab
sehingga menyebabkan sistem perparitan tersumbat, sekali gus
mengakibatkan air dari kawasan banjir tidak dapat mengalir ke Sungai
Merchang.
"Sistem perparitan itu sering
dibaiki, tetapi selagi ada aktiviti pembalakan haram, masalah ini
(banjir 'termenung') tidak akan selesai.
"Mereka
yang membalak secara haram ini akan ambil batang-batang pokok gelam
yang besar manakala ranting dan daun-daun ditinggalkan begitu sahaja
menyebabkan air banjir oleh sisa-sisa pokok itu," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.