Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah selepas polis membuat permohonan bagi melakukan siasatan lanjut, berhubung kejadian terbabit.
Lelaki yang direman itu terdiri daripada tiga lelaki warga Thailand dan 15 warga tempatan.
Mereka ditahan polis dalam operasi yang dilakukan sejak pagi semalam.
Dalam kejadian awal pagi semalam, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan Tari, 39, parah terkena tembakan pada kanan perut. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.