Bernama
Sehingga
kini, Penjara Seberang Perai mencatatkan 270 kes positif COVID-19
dengan
tiga kes aktif melibatkan pegawai penjara, yang semuanya telah
pulih dan dibenarkan
keluar Hospital Pulau Pinang. - Gambar fail
NIBONG TEBAL:
Seramai 14 banduan di Penjara Seberang Perai, Jawi dekat sini yang
menunggu untuk dibebaskan dalam tempoh sebulan ini disahkan positif
COVID-19 pada Ahad.
Pengarah Penjara
Seberang Perai Zulkifli Abdul Manah berkata semua banduan itu disahkan
positif selepas menjalani ujian saringan kedua COVID-19 oleh pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Kini
menjadi prosedur penjara, bagi banduan menunggu untuk dibebaskan mereka
perlu menjalani ujian saringan COVID-19 untuk memastikan mereka bebas
daripada wabak itu, supaya virusnya itu tidak terus menular apabila
mereka dibebaskan nanti," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Sehingga
kini, Penjara Seberang Perai mencatatkan 270 kes positif COVID-19
dengan tiga kes aktif melibatkan pegawai penjara, yang semuanya telah
pulih dan dibenarkan keluar Hospital Pulau Pinang.
Penjara
Seberang Perai dan kawasannya termasuk kuarters kakitangan, yang
melibatkan 2,110 banduan, 1,129 kakitangan penjara dan anggota keluarga
serta 32 kakitangan kerajaan, kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 4 Nov ini.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.