Ipoh: Polis menafikan ada mengeluarkan arahan dan maklumat berhubung sekatan kemasukan dan keluar kenderaan di Perak melalui jalan sempadan di Kedah seperti yang tular di media sosial hari ini.
Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng berkata, ia berita palsu dan polis hanya mengambil tindakan menambah bilangan Sekatan Jalan Raya (SJR) sedia ada.
"Tiada sekatan pergerakan kenderaan keluar masuk ke Perak dan SJR hanya untuk kawalan pergerakan kenderaan dan pencegahan jenayah.
"Selain sembilan SJR sedia ada, kita menambah dua lagi di Tanjung Malim dan Parit Buntar," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Terdahulu tular hantaran mesej melalui aplikasi media sosial WhatsApp yang menyatakan, bermula 6 petang hari ini sekatan kemasukan dan keluar dari Perak melalui jalan sempadan Kedah disekat berikutan peningkatan kes Covid-19 di Kedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.