on
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mahu meletak jawatan
sebagai Perdana Menteri selepas gagal untuk meyakinkan Yang di-Pertuan Agong
untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat.
Selepas keputusan YDP Agong menolak permintaan Muhyiddin para menteri dan
pemimpin PPBM dilihat tiba di rumah Muhyiddin di Bukit Damansara.
Menteri-menteri dan juga Ahli parlimen sebahagian mereka dilihat menangis
berkumpul di kediaman Perdana Menteri bagi menyakinkannya agar tidak meletak
jawatan.
Mengetuai kumpulan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri dalam Negeri Datuk Seri Hamzah
Zainuddin.
"Nampaknya kegagalan itu telah memberi kesan kepada Muhyiddin, dan sebahagian
dari mereka berkata beliau mahu melakukan perkara yang betul dan meletak
jawatan, namun diminta untuk kekal oleh Azmin dan beberapa yang lain," kata
salah seorang dari mereka.
Pada hari Jumaat lalu Muhyiddin telah mempersembahkan kepada Agong cadangan
untuk meletakkan negara di bawah perintah darurat.
Namun Agong telah menolak cadangan Muhyiddin itu, sebaliknya memberitahu ahli
politik negara ini agar berhenti berpolitik dan menumpukan usaha melawan
Covid-19 dan menghidupkan kembali ekonomi.
Menurut The Vibes, salah seorang ahli kanan PPBM memaklumkan sebahagian mereka
telah dipanggil untuk hadir ke rumah Muhyiddin.
Seorang lagi ahli berkata, tindakan Muhyiddin yang mahu meletak jawatan tidak
dapat dielakkan selepas kegagalan untuk mengistiharkan darurat.
"Terdapat juga persoalan sama ada beliau mempunyai jumlah sokongan di
parlimen. Perkara ini ditambah dengan keputusan Agong, membuatkan beliau
merasakan tidak mampu lagi menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.