Bernama
Kerajaan negeri menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong. - Bernama
KUALA LUMPUR:
Pucuk pimpinan kerajaan negeri akur dan menjunjung kasih titah Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
yang mahukan kerajaan meneruskan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi
membendung penularan wabak COVID-19.
Menteri
Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di akaun
Twitter rasminya @AmirudinShari berkata kerajaan negeri akan memberi
tumpuan sepenuhnya untuk menggempur wabak COVID-19 yang melanda negeri
dan isu-isu lain di negeri itu.
"Menjunjung
kasih atas keputusan Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu hari ini.
Sekarang saya serta jentera Selangor dapat beri fokus sepenuhnya kepada
Belanjawan 2021, menggempur COVID-19, (meningkatkan) kualiti dan
perkhidmatan air," katanya.
Amirudin berkata jenteranya juga akan bekerjasama dengan semua pihak demi memastikan kesejahteraan negeri dan rakyat.
Sementara
itu, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata titah Yang
di-Pertuan Agong itu memberi semangat kepada kerajaan negeri untuk terus
berusaha menghadapi cabaran khususnya dalam menangani COVID-19.
Muhammad
Sanusi berkata sebagai pemimpin di peringkat negeri, pihaknya akan
memberi sepenuh usaha dan sentiasa bersedia untuk berunding dengan semua
agensi terlibat bagi memastikan pandemik COVID-19 itu dapat ditangani
dengan baik.
Menteri Besar Perlis Datuk
Seri Azlan Man pula berkata kerajaan hari ini telah melakukan yang
terbaik dalam menangani wabak COVID-19.
"Apa
yang lebih penting bagi saya dalam mengurus tadbir Perlis adalah kepada
tiga perkara utama iaitu pembangunan negeri, kebajikan rakyat dan
kecekapan pentadbiran," katanya kepada Bernama.
Sementara
itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
meminta semua pihak saling bekerjasama memerangi penularan wabak
COVID-19, katanya ringkas menerusi laman sosial rasmi Facebook miliknya.
Timbalan
Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula meminta semua
pihak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong serta memahami maksud yang
tersurat dan tersirat dalam titah Seri Paduka.
"Saya
percaya apa yang dimahukan oleh Seri Paduka adalah supaya kita
terutamanya ahli politik memberikan tumpuan lebih kepada rakyat dan
negara melebihi kepentingan peribadi," katanya.
Al-Sultan
Abdullah hari ini bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan
di negara ini dan amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus melaksanakan dasar
dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini
daripada merebak.
Datuk Pengelola Bijaya
Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Al-Sultan
Abdullah bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan
yang dipersembahkan Perdana Menteri dan berbincang dengan Raja-Raja
Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini.
Pada
masa yang sama Ahmad Fadil berkata Seri Paduka Baginda turut
mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala
'politicking' (mainan politik) yang boleh mengganggu kestabilan
pemerintahan negara.--BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.