Sabtu, 3 Oktober 2020

Biadab! Netizen Cina pertikai masalah kesihatan Agong

Siti Hafidah

 

Dakwa Al-Sultan Abdullah 'main wayang' elak dari Anwar

BANGI – Biadab! Netizen Cina sekali lagi sengaja mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan komen mempertikaikan masalah kesihatan dihadapi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terbaharu, menerusi laman Facebook portal, China Press yang memaparkan berita bertajuk ‘Istana Negara umum keadaan YDP Agong ‘keracunan makanan, kecederaan sukan’, rata-rata netizen Cina seolah-olah tidak dapat menerima baginda yang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Di ruangan komen Facebook China Press, segelintir netizen Cina mendakwa Agong hanya ‘bermain wayang’ dengan kesihatan baginda.

“Keracunan makanan masuk IJN jelas ia wayang,” tulis Andrew lee.

Salah seorang pengguna yang dikenali sebagai Hermes Ng secara sinis berkata: “Lain kali akan kata masuk unit rawatan rapi (ICU) gantung air.”

Selain itu, Teddy Lo ‘hairan’ IJN menerima kes keracunan makanan.

“Sekarang kita tahu, sebenarnya IJN boleh menerima kes keracunan makanan, kesian orang Sabah masalah jantung berbulan-bulan menunggu temujanji IJN. Semoga berjaya orang Sabah,” katanya.

“IJN tempat merawat keracunan makanan, rupa-rupanya saya telah pergi ke hospital yang salah, saya ingatkan dia menjalani rawatan jantung,” demikian pula kata Jackie chua Lee Ping.

Turut menarik perhatian Ismaweb.net apabila netizen Cina mendakwa masalah kesihatan yang dihadapi Agong adalah muslihat bagi mengelak terima menghadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Banyak penyakit, satu masa cakap masalah jantung, sekarang keracunan makanan dan kecederaan sukan. Untuk mengelak dari Anwar. Guna muslihat,” dakwanya.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya dijadualkan menghadap Al-Sultan Abdullah pada 22 September lalu, namun terpaksa dibatalkan susulan Baginda gering dan menerima rawatan di IJN.

Agong dimasukkan ke IJN pada 21 September untuk menjalani rawatan keracunan makanan dan rawatan intervensi susulan pengimejan MRI pada 22 September menunjukkan kecederaan dialami oleh Al-Sultan Abdullah, yang dimaklumi aktif bersukan.

Semalam dilaporkan, baginda berangkat pulang ke Istana Negara selepas menerima rawatan di IJN.

Terdahulu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mendakwa, beliau mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan serta akan mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.