Selasa, 27 Oktober 2020

Bersatulah bendung Covid-19 – Suhakam

MGF23102020_SWAP-TEST-SUNWAY-MEDICAL18-681x454
Petugas Sunway Medical Centre melakukan proses ujian saringan Covid-19 melalui Cov Shield kepada orang ramai yang hadir bagi membuat saringan bersasar bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sunway Medical Centre, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyeru rakyat kekal bersatu dalam memerangi gelombang ketiga pandemik Covid-19 selaras dengan titah Yang di=Pertuan Agong.

Bahaya pandemik Covid-19 di negara ini masih berlanjutan dan keadaan memerlukan kerjasama dan usaha oleh semua pihak untuk memerangi wabak tersebut.

Dalam hal ini, amat penting bagi setiap orang untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan langkah-langkah yang telah ditetapkan untuk menghentikan jangkitan Covid-19 di negara ini.

Dalam kenyataannya, Suhakam menyambut baik dan menjunjung kasih kepada
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas keputusan tegas dan berhemah untuk tidak mengisytiharkan darurat di negara ini.

Menurutnya, selari dengan mandat dan fungsinya, Suhakam juga bersedia untuk membantu kerajaan dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia dalam situasi wabak Covid-19 ini. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.