Rabu, 28 Oktober 2020

7.32 juta penerima sudah dapat BPN 2.0 .

Wartawan MalaysiaGazette
MGF02112018_PIX-BANGUNAN-KEMENTERIAN19-681x454
Bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Setakat semalam, sejumlah RM3.6 bilion telah disalurkan kepada lebih 7.32 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0).

Ia merangkumi 6.27 juta penerima daripada kategori B40 dan 1.05 juta penerima daripada kategori M40.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, BPN 2.0 dijangka meringankan beban 7.5 juta penerima bujang dan isi rumah B40 serta 3.1 juta penerima M40, menjadikan keseluruhannya 10.6 juta penerima yang boleh memanfaatkan bantuan ini.

Menurutnya, pengagihan bayaran akan selesai menjelang hujung bulan ini.

”Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober 2020,” katanya di sini.

Terdapat lebih kurang 6,000 penerima yang didapati gagal kredit melibatkan RM2.71 juta dan mereka boleh membuat penunaian Bantuan BPN2.0 mulai minggu kedua November 2020.

Memandangkan terdapat beberapa negeri yang sedang dalam tempoh PKPB, BSN akan mengeluarkan panduan prosedur standard operasi dari semasa ke semasa bagi menjaga kesihatan dan keselamatan penerima.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa tempoh permohonan baharu BPN 2.0 masih dibuka sehingga 15 November 2020.

Bagi mereka yang diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada bulan Januari 2021.

Tambahnya, permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) akan tutup pada 31 Oktober 2020.

Permohonan adalah terbuka buat semua PKS Mikro yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Pihak Berkuasa Tempatan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum atau pada 31 Ogos 2020, dan belum pernah menerima GKP sebelum ini.

PKS Mikro yang layak bakal menerima bantuan one-off berjumlah RM3,000 untuk membantu mereka dalam tempoh yang sukar ini.

Kayanya, bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020.

”Kepada semua PKS Mikro yang layak, segeralah membuat permohonan GKP ini sebelum berakhirnya tempoh permohonan pada hujung bulan ini,” kata Tengku Zafrul lagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.