Khamis, 29 Oktober 2020

208 sekolah, kolej di Kuching ditutup mulai esok

Semua sekolah kerajaan dan swasta di Kuching akan ditutup 2 minggu sehingga 13 
Nov ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan mengumumkan 208 sekolah dan institusi pendidikan di Kuching, Sarawak ditutup selepas daerah itu dikategorikan zon merah Covid-19.

Sebuah daerah akan dikategorikan zon merah apabila mencatatkan lebih 40 kes aktif Covid-19.

Sebuah institusi pendidikan guru di bawah KPM sudah ditutup.

Semua sekolah rendah, menengah, swasta dan kolej matrikulasi akan ditutup 14 hari, mulai 30 Okt hingga 13 Nov ini.

Senarai penuh institusi pendidikan terjejas terdapat di sini.

“Sekolah dan institusi pendidikan yang mempunyai asrama juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil pelajar yang tinggal di asrama itu pulang ke rumah.

“Bagaimanapun, pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau yang ingin terus kekal di asrama sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah jagaan warden asrama,” katanya dalam satu kenyataan.

KPM berkata, keperluan makan dan minum pelajar sepanjang tempoh itu akan disediakan sekolah atau institusi pendidikan.

Katanya, pelajar yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa sepanjang tempoh penutupan itu perlu mendapatkan surat dari sekolah untuk berbuat demikian.

Ia turut mengarahkan pentadbir sekolah dan semua institusi pendidikan memastikan guru dan pelajar melaksanakan pengajaran serta pembelajaran dari rumah dengan manual pengajaran boleh dimuat turun di portal KPM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.