Selasa, 22 September 2020

Tidak wajar kes pencerobohan di Lahad Datu tarikan kempen .

Wartawan MalaysiaGazette
zamani-ibrahim-2-681x356
Zamani Ibrahim

KUALA LUMPUR – – Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) menegaskan mana-mana ahli politik tidak wajar menjadikan kes pencerobohan di Lahad Datu sebagai tarikan kempen demi keuntungan partinya.

Ketua Perhubungannya, Zamani Ibrahim yang mengutuk keras tindakan calon Warisan, Datuk Mohammaddin Ketapi yang menghina anggota keselamatan berkata, semua rakyat, pimpinan parti-parti di negara ini sepatutnya meletakkan kedaulatan negara menjadi keutamaan agenda bersama.

“Untuk membangunkan watan berdaulat, tidak ada yang lebih utama untuk dijaga bersama melainkan kedaulatan negara.

”Membangunkan watan berdaulat, tidak ada mana-mana parti sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang boleh memperlekehkan tindakan yang diambil demi menjaga negara dari dicerobohi,” katanya lagi.

Tegas Zamani, mengambil sikap untung rugi kepada parti sehingga menghina anggota keselamatan negara, ia bukan menggambarkan seorang pemimpin sebenar.

Sebaliknya, seorang pemimpin berwibawa mestilah memberikan keyakinan jelas serta berwawasan, idea-idea yang dilontarkan mestilah suatu yang dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Cukup cukuplah berkempen dengan menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan tawa kembalilah kepada bentuk kempen yang sihat, berwibawa dan bijaksana. Negara kita perlukan kepada pemimpin yang mampu memacu negara bukannya pemimpin yang ketandusan idea katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.