KUALA LUMPUR – Pelakon, Aaron Aziz mendakwa pusat tahfiz miliknya di Langkawi telah dirobohkan.
Namun beliau dalam media sosialnya semalam tidak menyatakan punca tahfiz berkenaan dirobohkan.
Aaron juga memuatnaik gambar kesan robohan di tahfiz berkenaan di media sosialnya semalam.
“Kasihan tahfiz saya di Langkawi dirobohkan….Semoga Allah permudahkan segala urusan di sana.
“Asrama anak anak semua harus dibina semula. (Dirobohkan atas luar dari kawalan saya. Beyond my control untuk hentikan) tapi takpa sabar dan teruskan berjuang,” tulis Aaron.
Bagaimanapun para netizen, peminat dan rakan-rakan artis yang bertanyakan apa punca pusat tahfiz itu dirobohkan media sosial, Aaron belum menjawabnya.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.