KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak berkenan untuk menerima mengadap sesiapa pun kerana belum pulih sepenuhnya dan masih berada di bawah pemantauan doktor.
Perkara tersebut disahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin
“Baginda telah dinasihatkan oleh para doktor supaya berada di bawah pengawasan doktor di hospital selama tujuh hari.
“Dalam tempoh tersebut, baginda tidak akan mengadakan sebarang pertemuan,” katanya kepada Reuters.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.