KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah membuktikan rakyat yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan PRN juga menunjukkan rakyat Sabah memilih sebuah kerajaan yang prihatin, inksklusif dan menjamin kedaulatan negeri.
“Dengan penuh rasa tawaduk, PN akan menggalas mandat ini dengan tekad dan iltizam untuk menjana usaha pembangunan serta mencerdaskan ekonomi pasca pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohamed Azmin, selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama, negeri dan rakyat Sabah akan menikmati pembangunan yang inklusif, saksama dan berkualiti.
“Kemenangan ini pastinya akan menyemarakkan lagi kerjasama yang lebih utuh dalam PN untuk menggembeleng dukungan rakyat di seluruh negara sekaligus membangun sebuah negara bangsa yang bermaruah dan bersatu padu,” katanya.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.