Rabu, 2 September 2020

Kedudukan Ahli Dewan Negara tak ikut SOP Covid-19?

Muhammad Azizul Osman
MGF02092020_YDP-DEWAN-NEGARA-ANGKAT-SUMPAH-07-681x454
Yang Dipertua Dewan Negara ke-18, Tan Sri Rais Yatim 
berucap selepas mengangkat sumpah pada Mesyuarat Kedua 
Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Negara di Bangunan 
Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Sesi persidangan Dewan Negara yang bermula hari ini dilihat tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Di dalam dewan itu, kedudukan antara ahli-ahli Dewan Negara dilihat rapat antara satu sama lain.

Malah mereka tidak dipisahkan dengan jarak satu meter.

Kesemua mereka hanya dipisahkan dengan pembahagi plastik di meja masing-masing.

Malah ada juga yang tidak memakai pelitup muka ketika di dalam Dewan Negara.

IMG_20200902_102545-1024x768 

Kedudukan sama turut dilihat pada senator di bahagian pembangkang.

Kelihatan Senator Liew Chin Tong duduk sangat rapat dengan Senator Waytha Moorthy dan Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Berbeza dengan sesi Dewan Rakyat yang menempatkan 222 Ahli Parlimen dimana kesemua mengikut rapat SOP KKM dengan memisahkan kedudukan masing-masing dengan kerusi bersebelahan dibiarkan kosong. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.