KUALA LUMPUR: Kenyataan
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini yang
menyatakan kononnya kerajaan yang ada ketika ini telah jatuh adalah satu
kenyataan yang lebih menjurus kepada politik terdesak yang tiada asas.
Menurut Timbalan Menteri Menteri Sains, Tenaga Dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim ketika dihubungi Astro AWANI
berkata Anwar sepatutnya menghormati keadaan Yang di-Pertuan Agong
(YDP) yang pada ketika ini sedang mendapatkan rawatan di Institut
Jantung Negara (IJN).
"Ini tiada angin tiada apa tiba-tiba umum kerajaan jatuh. Saya kira ini adalah bentuk politik terdesak beliau. Dia sepatutnya lebiih sensitif dan bertimbang rasa dengan keadaan YDP yang sedang mendapatkan rawatan di IJN dan bukannya buat benda yang tiada asas," katanya yang kini berada di Sabah bagi membantu jentera Perikatan Nasional menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.
Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, tiada apa yang berlaku sebaliknya mesyuarat Kabinet yang dijadualkan pada pagi tadi berlangsung seperti biasa.
"Mesyuarat Kabinet macam biasa pagi tadi. Perdana Menteri sendiri tak sentuh apapun mengenai isu ini.
"Takkanlah benda sebesar ini kami semua tak tahu atau tiada dalam pengetahuan kami jika benar," jelas Ahmad Amzad.
Malah jelasnya, di sebalik tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan kesan yang tidak sepatutnya kepada ekonomi negara.
"Tengok apa jadi pada pasaran saham pagi ini. Jatuh merundum dengan teruk gara-gara perbuatan beliau. Asal dia buka mulut saja pasaran saham jatuh merudum," kata Ahmad Amzad lagi.
Jelasnya lagi, soal kepercayaan terhadap Anwar suatu yang sering menjadi isu.
"Kalau Tun Mahathir, Shafie Apdal pun tak percayakan dia, kita lagilah tak percaya. Bukan sekali. Dah berkali-kali.
"Seri Paduka Baginda YDP Agong sedang gering pun, dia sanggup jual temberang lagi," tegasnya.
#Sumber : Astro
MR : Hospital sakit jiwa harus membuat pemeriksaan kepada Anwar Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.