Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Azizan Tukiman berkata, kesemua individu berkenaan ditahan di kawasan Banting, Sungai Emas, Sungai Jarom dan Teluk Panglima Garang dalam satu operasi dijalankan oleh pasukan petugas khas antara pukul 6 petang semalam sehingga pukul 5 pagi tadi.
“Kami percaya mereka adalah ahli kongsi gelap daripada Gang 21, kami sedang mengesan saki-baki kumpulan haram ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Bernama difahamkan motif kejadian adalah berpunca daripada masalah membabitkan perniagaan yang diusahakan oleh keluarga mangsa dengan individu bertanggungjawab mengarahkan tembakan itu.
Seorang ahli perniagaan dan pengawal peribadinya cedera di dada dan beberapa bahagian badan akibat ditembak dua suspek menaiki sebuah motosikal dalam kejadian di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah hari itu, tiga pelajar sekolah menengah turut cedera akibat dirempuh kereta jenis BMW yang dinaiki kedua-dua mangsa. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.