Sabtu, 1 Ogos 2020

Pelarian rasuah paling dikehendaki Indonesia Djoko Tjandra ditahan di Malaysia

Djoko Soegiarto Tjandra (baju jingga) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
Perdana Halim Kesuma, Jakarta dengan pesawat khas disewa polis Indonesia
pada Khamis lalu. (Gambar AFP)

JAKARTA: Penjenayah rasuah paling dikehendaki di Indonesia, Djoko Soegiarto Tjandra, yang melarikan diri selama 11 tahun akhirnya ditahan di Malaysia dan dibawa pulang ke Jakarta Khamis lalu.

Media Indonesia melaporkan Djoko, 68, ditahan menerusi kerjasama polis Malaysia yang membantu mengesan suspek pada petang 30 Julai dan dibawa pulang pada malam sambutan Aidiladha.

Tiada butiran terperinci berhubung lokasi tangkapan itu dilakukan.

“Kami berjaya menangkapnya pada Khamis petang,” kata Ketua Agensi Siasatan Jenayah Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo, dipetik media tempatan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perdana Halim Kesuma di Jakarta bersama suspek pada 10.39 malam waktu Indonesia Barat.

istyo Sigit turut menyampaikan penghargaan kepada polis Malaysia yang bekerjasama membantu menahan Djoko.

Djoko dibawa pulang dengan pesawat khas disewa polis Indonesia, yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Djoko pertama kali ditangkap pada September 1999 kerana terlibat dalam kes rasuah berprofil tinggi Bank Bali.

Bagaimanapun, dia dibebaskan Mahkamah Negeri Jakarta Selatan pada 2000.

Kesnya kemudian dibawa ke Mahkamah Agung dan dia dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun serta denda Rp546 miliar (RM158.2 juta).

Namun, Djoko melarikan diri ke Papua New Guinea sehari sebelum keputusan mahkamah diumumkan dan sejak itu dia dilaporkan menetap di beberapa negara, termasuk Malaysia.

Listyo Sigit turut menyampaikan penghargaan kepada polis Malaysia yang bekerjasama membantu menahan Djoko.

Djoko dibawa pulang dengan pesawat khas disewa polis Indonesia, yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Djoko pertama kali ditangkap pada September 1999 kerana terlibat dalam kes rasuah berprofil tinggi Bank Bali.

Bagaimanapun, dia dibebaskan Mahkamah Negeri Jakarta Selatan pada 2000.

Kesnya kemudian dibawa ke Mahkamah Agung dan dia dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun serta denda Rp546 miliar (RM158.2 juta).

Namun, Djoko melarikan diri ke Papua New Guinea sehari sebelum keputusan mahkamah diumumkan dan sejak itu dia dilaporkan menetap di beberapa negara, termasuk Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.