Rabu, 29 Julai 2020

Sifatkan Nabi ﷺ pelarian ibarat si buta bercakap mengenai gajah

fazleensafin


MP berceramah songsang samakan hijrah Nabi  ﷺ dengan PATI

KISAH beberapa orang buta yang cuba untuk mengenali seekor gajah dengan memberi beberapa pandangan tentang gajah, boleh dimaafkan kerana mereka buta.

Namun, Ahli Parlimen Amanah ni orangnya celik, berpolitik untuk menjadi pejuang kepada agama,bangsa dan negara tidak boleh membezakan antara hijrah Nabi ﷺ dengan pelarian yang memasuki Malaysia secara haram.

Amat memalukan  pelarian yang datang ke Malaysia disamakan dengan hijrah Rasulullah ﷺ.

Apakah persamaannya? Resepi masakan mungkin boleh sama dimana-mana selagi mana namanya sama.

Singgam ikan aya atau tongkol akan sama di mana-mana pelusuk alam, selagi mana dinamakan singgam.

Tapi jangan samakan dengan isu di atas. Bercakap mengenai agama perlu ada keahlian dan ada batasannya bukan macam chef masak didapur restauran, hanya sekadar mencampak sahaja bahan dalam kuali dan dihidangkan kepada pelanggan setelah masak.

Parlimen sepatutnya tempat pemimpin merancang dasar- dasar dan polisi penting negara.

Ianya perlu kepada kajian yang mendalam dalam semua bidang utama yang menjadi kepentingan negara, tetapi apa yang berlaku dari awal pembukaan Parlimen hingga hari ini hampir tiada langsung idea-idea bernas untuk pembangunan fizikal dan rohani.

Apa yang ada hanya pekikan dan lolongan disetiap  penjuru Parlimen. Kononnya itu perbahasan.

Rasa kalau setaraf ini sebahagian ahli Parlimen Malaysia, sudah cukup masa untuk berundur sahaja. Masih ramai calon diluar sana yang layak dan berwibawa dalam membawa agenda ummah.

Perbahasan memakan masa sebulan,datang dari seluruh pelusuk tanah air.

Pakaian bergaya, berkot dan bertali leher hanya datang untuk memekik dan melolong serta berceramah songsang Nabi ﷺ berhijrah sama dengan PATI, malu kepada Mak Cik Kiah yang kerjanya sebagai penjual goreng pisang tetapi dapat mengurus dengan baik perniagaannya.

*Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Ketua Perhubungan ISMA Kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.